1. Hampir sebulan yang lalu kecoh di negeri Perak apabila MB pada ketika itu, Mohammad Nizar memohon untuk sembah derhaka. Sedangkan maksud sebenar sembah derhaka adalah pertuturan rasmi dengan pihak istana jika seorang MB mempunyai pandangan lain terhadap titah sultan. Beberapa hari kemudian, Karpal Singh dikatakan derhaka kerana ingin menyaman Sultan. Pagi tadi (01 Mac 2009), Pemuda Umno dan BN mendesak supaya dikenakan tindakan ke atas seorang exco negeri Kedah yang didakwa menghina sultan, sedangkan belum terbukti dakwaan itu.
2. Untuk kita lebih jelas mengenali siapa penderhaka, maka renungilah beberapa peristiwa yang telah berlaku di negara kita semenjak lebih 30 tahun yang lalu sehingga sekarang.
3. Pada tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang untuk tempoh 2 tahun sahaja.
4. Pada 1983, Umno hendak meminda kuasa Yang diPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan, maka Umno telah membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5. Pada Tahun 1991, dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan.
6. Pada 18 Januari 1993, berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja dan beberapa siri rapat umum diadakan untuk mengecam Raja-raja Melayu. Disebabkan adanya peruntukan akibat pindaan ini menyebabkan Karpal Singh berani menyatakan untuk menyaman sultan.
7. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim untuk menggantikan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato' Annuar Musa.
8. Kenyataan biadab Shahidan Kassim bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti". (BH 11 Jun 1993)
9. Tan Sri Muhammad Mohd Taib telah berkahwin lari dengan Ku Yah (puteri Sultan Selangor) sehingga Sultan Selangor murka.
10. Dua puluh tiga daripada 24 Adun Umno Terengganu mengugut untuk membaikot majlis angkat sumpah Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu selepas PRU ke 12 pada 2008. Mereka telah membuat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana manakala penyokong mereka menggelarkan Sultan Terengganu sebagai binatang.
11. Shahidan Kassim membaikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai Menteri Besar.
12. Sekarang jelas siapa penderhaka yang sebenar. Mereka (pemimpin Umno) hanya menggunakan istana bila terdesak dan hilang kuasa.

Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sangat-sangat bersetuju dengan anda bahawa pada hakikatnya UMNOlah penderhaka yang sebenar-benarnya. Kerana tindakan UMNO pada tahun 1993 yang menghapuskan imuniti raja-rajalah maka Karpal hendak menyaman sultan Perak kerana terdapat peruntukan yang membolehkan YB Karpal Singh menyaman raja yang dipinda oleh UMNO.Pada pandangan saya penderhaka yang paling besar ialah UMNO KELANTAN>
Salam.....
ReplyDeleteDerhaka... oh derhaka....
semua orang pun derhaka. ....
tapi siapa yang lemah jek terkena 'tulah'... siapa lemah??? bukan UMNO....
nak jadi pemimpin haruslah bijak dan licik...