1. Pada 14 April 2009 yang lalu, tiba-tiba kita digemparkan dengan berita 10 ADUN BN Terengganu yang tidak menghadiri sidang DUN dengan alasan keselamatan, walaupun SMS yang dikatakan ancaman bunuh hanya diterima oleh 3 ADUN sahaja.
2. Antara ADUN yang tidak hadir termasuklah ADUN Jertih, Dato' Seri Idris Jusoh (bekas Menteri Besar) dan ADUN Ajil, Datuk Rasol Wahid (bekas Exco) yang menentang keras perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar pada Mac 2008.
3. Dengan ketidakhadiran 10 ADUN ini menunjukkan gelombang biru yang pernah dilancarkan oleh Dato' Seri Najib pada tahun 2004 yang lalu di negeri Terengganu (semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri) hampir menenggelamkan bahtera mereka sendiri.
4. Untuk kita memahami kenapa bahtera yang nampak kukuh dan berjaya menenggelamkan gelombang hijau 5 tahun yang lalu tiba-tiba goyah disebabkan gelombang ciptaan sendiri, sama-sama kita renungi beberapa senarai kenyataan orang-orang UMNO sendiri.
5. Kalau MB dulu tidak direstui oleh Sultan atas beberapa sebab, maka MB sekarang juga nampaknya mempunyai masalah tersendiri. Maka siapa lagi ADUN Umno yang layak untuk menerajui kerajaan BN Terengganu dan Umno Terengganu sendiri?
mmm... sesungguhnya kita perlu bersyukur dengan kehidupan di bumi Malaysia....
ReplyDeleteMelayu bergaduh sesama Melayu, bercerita itu ini tentang pemimpin Melayu.. jarang ada kebaikan, malahan bertimbun2 kebencian dan keburukan... SEDAR la... org2 Cina di luar sana berpeluk tubuh, tersenyum lebar walaupun dibibir luahkan sokongan walhal nawaitu nya adalah 1... melihat KEJATUHAN MELAYU... sekian lama mereka menanti... renung2kan lah bangsa yang bernama MELAYU... MELAYU bijak berkata2 dan tinggi angannya... Cina diam membisu, impian menjadi kenyataan dan kemewahan dipegangnya... kita MELAYU apa ada... menumpang dibumi Melayu sendiri... renung2 kan la wahai Ibnu Majidi....
Actually apa yang berlaku kat pilihanraya Parlimen Bukit Gantang bebaru ni, lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kat Terengganu le ni. Orang UMNO sendiri tak support sesama derang, so sesia la 'Rapatkan Barisan' ka, 'Luruskan Saf' ka yang pemimpin atasan laungkan masa Perhimpunan Agung baru ni. Sedihkan, there's no improvement malah makin teruk berpecah dan berpuak2. Sumer berjuang untuk kepentingan sendiri, bukan parti or even Melayu?
ReplyDelete